Picture of Mohd Syafik Zulkifli
Makluman Emel Pelajar (UMCCedmail)
by Mohd Syafik Zulkifli - Thursday, 16 August 2018, 12:26 PM
 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti sedia maklum, setiap pelajar dibekalkan dengan satu (1) akaun emel (UMCCedmail) sebagai medium komunikasi dan penyampaian maklumat dengan lebih mudah.

Justeru itu, digalakkan semua pelajar menggunakan UMCCedmail terutamanya dalam urusan pembelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan UMCCed.

Namun begitu, sekiranya pelajar mengalami masalah akses ke UMCCedmail, hendaklah berhubung terus dengan pihak IT menerusi emel kepada syafik@um.edu.my (En. Syafik Zulkifli) dengan menyatakan:

1) Nama Penuh

2) Nombor Matrik Pelajar

3) Nombor Kad Pengenalan

Harap maklum.

Seksyen Teknologi Maklumat UMCCed.