Perhatian kepada pelajar Diploma Semester II Sesi 2021/2022,
Saudara/i,
Sekatan ke atas UMSeLF telah dilakukan kepada mana-mana pelajar yang gagal melakukan pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan pendaftaran kursus lewat perlu dilakukan bagi membolehkan UMSeLF diakses semula.
Berikut adalah dokumen-dokumen Permohonan Pendaftaran Kursus Lewat yang perlu diserahkan:
1. Surat rasmi permohonan yang dialamatkan kepada Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya.
2. Borang Pendaftaran Kursus yang telah dilengkapkan, ianya boleh dimuat turun di Portal Pelajar di ruangan Akademik ----> Borang-borang Permohonan
3. Slip bayaran yuran tertunggak semester lalu, jika ada.
4. Slip bayaran denda sebanyak RM50. Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet berikut:
Nama Akaun : UMCCED
Nama Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 8600227441
Semua dokumen perlu diemelkan ke alamat emel snoraishah@um.edu.my (UDA/UDB/UDC) atau wnhuda@um.edu.my (UDE) selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2021 (Isnin).
Pelajar adalah dianggap menarik diri semester sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima dalam tempoh tersebut.
Sekian, harap maklum.
(Daripada JPA)